BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 21 Januari 2013


Sabda Rasulullah s.a.w :
Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(Hadith Riwayat Muslim)
Allah s.w.t. dan Islam mengangkat darjat dan nilai wanita yang solehah. Dengan sifat solehah itu, wanita menjadi mahal dan mulia. Bukan sebarangan harta, tetapi sebaik-baik harta. Dalam kata lain, tidak ternilai.

Semakin jauh seorang hamba daripada Allah dan Islam, semakin tidak bernilai hamba itu. Semakin dekat seorang hamba itu kepada Allah dan Islam, semakin bernilai dan tinggi darjat hamba itu.

Maka, wanita yang lebih dekat kepada Allah dan Islam, lebih bernilai dan mulia wanita itu.

Wanita yang mahal dan mulia pada pandangan Islam ialah wanita yang tidak meletakkan darjat dan kemuliaannya pada wang dan harta, tetapi pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya.

Kalau diletakkan nilai dirinya pada wang, wang sukar diurus, akan hilang dan habis.

Kalau diletakkan pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya, ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurgaAllah. InsyaAllah.
Dengan sifat solehah itulah wanita menjadi mulia.
Auratnya kan tidak terdedah murah.
Akhlaknya kan sopan tidak mudah berubah.
Prinsipnya kan kuat tidak tergugah.

Kerana iman yang mengikat,
membuatkan seorang wanita itu menjadi hebat.
Ingin menjadi
muslimah sejati itu susah..
mukminah tambah susah..
mujahidah juga payah..

Namun, susah-payah itu takkan diendah
akan digagahi, akan ditabahi
demi solehah, demi Allah
kerna akhir pasti indah.
Isteri Solehah, Penyejuk Mata
Wahai muslimah...
Kalian ingin menjadi bidadari dunia buat suami ?
Ingin menjadi isteri penyejuk mata buat suami tercinta ?
Ingin menjadi seorang wanita yang benar-benar istimewa di hati suami ?

Bagaimana seorang wanita mampu menjadi penyejuk mata, bidadari dunia?
Kalian mampu, dengan menjadi seorang wanita solehah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidakkah kamu mahu aku khabarkan sebaik-baik perkara yang dimiliki lelaki?
Ia adalah wanita (isteri) solehah, apabila suami melihatnya, diamenggembirakannya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
 
Berbahagialah muslimah solehah yang mentaati suami dalam lingkungan ketaatan kepada Allah, sebagai buah kecintaan kepada Allah s.w.t.
Fikir, Muhasabah, Perbaiki Diri, Kongsi 
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah danmengerjakan amal soleh.” (Fussilat:33)
Susuri keindahan Islam, sebarkan indahnya Islam, semoga bertambah ganjaran pahala kita disulami redha dan cinta Allah.

0 ulasan: