BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 27 Februari 2013

bila penat~

bila penat datang menyinggah 
tak daya lagi untuk berfikir yang indah-indah 
yang ku tahu 
hanya merebah ke lantai rumah

bila penat...
otak terasa berselirat 
tak larat nak fikr berat-berat 
akhirnya mata terlelap
dan hati pun berkata 
"lantaklah, aku penat, nak berehatttt"

bila penat...
selalu ada hati tersiat 
tanpa sengaja
mungkin susunan  kata yang ralat  

bila penat...
nak buat kerja pun liat 
tak tahu mana satu nak buat 
sentuh ini tak kena
sentuh itupun tak kena 

bila penat...
bila sudah terlalu penat...
sampai tak tahu macam mana nak cakap 
biarlah air mata yang mengungkap
walau ia menitis saat aku terlelap
walau ia mengalir tanpa sebab
walau apapun 
biarlah 
biarlah ia berbicara tentang penatku 
agar kelak
saat ku bangun dari tidurku
hatiku kan terasa lebih muda 
bahagia dan bertenaga 

bila ku sudah terlalu penat 
bila hari-hariku penuh keringat 
bila air mataku sudah menjadi sahabat 
kakiku kadang terasa goyah 
tangan-tanganku terasa lemah
hati dan jiwaku terasa hilang arah
sendi-sendiku terasa lumpuh
tulang-tulangku terasa rapuh
aku terasa hampir saja rebah
menyembah...

namun...
hai jiwa-jiwa yang indah
satu hal yang jangan pernah kau lupa
ALLAH ITU ADA
Dia yang menyusun
Dia yang menghitung 
Dia yang mempergilirkan
Dia yang menghadiahkan
Dia yang menganugerahkan
Dia yang menjanjikan
Dan Dia Maha teliti lagi Maha mengetahui..

maka susunan Tuhanmu yang mana engkau pertikaikan?

Selasa, 26 Februari 2013

:DUHAI MUJAHIDAH SOLEHAH:..


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari, 
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini. 

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan
wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah, 
tidak terletak pada kemanjaannya, 
Daya penarik wanita solehah itu, 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah, 
memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah, 
Bukan pada barang kemas atau perihal 
orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan 
martabat agama. 

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan 
paras rupa yang indah bak permata yang 
menyeri alam, 
Akal mengatakan wanita cantik 
atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu 
serta pandai dari segala aspek, 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya 
pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih 
untuk menilai. 

Wahai wanita jangan dibangga dengan 
kecantikan luaran, 
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk
di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan 
dalaman, 
Agar diri ini bersih dan 
sentiasa mendapat Rahmat ilahi, 

Wahai wanita jangan berbangga dengan 
ilmu duniawi yang kau kuasai, 
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita 
atas kekurangan dirimu, 
kerana ada lagi insan yang lebih malang 
darimu, 
Wahai wanita solehah jangan dirisau 
akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu 
tidak akan terpaut pada wanita hanya 
kerana kecantikannya, 
Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa 
dan agama.
Salam perjuangan buat sahabiahku sekalian..
Peliharalah dirimu duhai serikandi Islam..
Ketahuilah dirimu amat istimewa..
Hiasi diri dengan akhlak yg indah..serta pakaian takwa...
Kerana dirimu begitu berharga...
"Biar nafsu sunyi tanpa godaan..Biar kaki sunyi tanpa berjalan..
Tapi..jgn biar AKAL sunyi tanpa ILMU & jgn biar HATI tanpa CINTA KPD ALLAH.."
~Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH~

Ahad, 17 Februari 2013

wanita pendamba syurga


Pesona akhlakmu bagai mutiara yang berkilauan
Halus tuturmu menggambarkan peribadi yang santun
Kecantikan hatimu laksana kapas tanpa noda
Kesejukan aura jiwamu seperti bidadari syurga
Kau hiasi dirimu dengan bingkaian akhlak Islami
Semakin berwibawa kerana auratmu terhijabi

Saat wanita lain bergelumang dengan kesenangan dunia
Menari-nari di atas lantai dansa
Berpeleseran bersama rakan sebaya
Engkau justeru mengurung diri
Mentafakuri kehidupan akhirat yang masih ghaib
Mengembara dalam pencarian jati diri.

Di saat wanita lain asyik memilih busana trendy
Sibuk memoles tubuh dan wajah
Berlumba mempamerkan aurat mereka
Engkau justeru tampil bersahaja
Dalam balutan gamis dan kerudung panjang
Engkau sembunyikan auratmu
Agar tak terjamah pesona kecantikan itu
Dari mata-mata lelaki jalang.

Di saat wanita-wanita lain tertawa lepas
Menikmati euphoria tanpa batas
Menebar cinta basi pada lelaki
Engkau justeru menangis dalam sujud
Mendaki taubat dalam bukit tahajud
Mengemis ampunan pada Penggenggam nyawa
Menutup lisan dari bicara sia-sia

Di saat wanita-wanita lain mengidolakan
Selena Gomez, Britney Spears, Avril Lavinge, Maddona
Engkau mengidolakan Khadijah, Maryam, Aisyah, Fatimah
Di saat wanita lain bangga aibnya terbuka
Puas jika namanya di puja-puja
Engkau justeru mengasingkan diri dari gemerlap dunia
Merahasiakan kebaikan yang kau lakukan pada sesama
Kerana takut jatuh pada perbuatan riya'.

Di saat wanita-wanita lain menghabiskan waktu di plaza
Menghamburkan materi dengan sia-sia
Engkau justeru menghabiskan waktumu di musholla
Menguatkan zikir dan memuja asma-Nya.
Merenda istighfar di atas sajadah cinta.

Di saat wanita-wanita lain hanyut dalam pesona zaman
Bercengkerama liar dengan segala kemewahan
Sibuk memuja artis-artis idaman
Engkau justeru sibuk mengkaji ilmu
Mendakwahkan agama Islam tanpa ragu
Berjibaku dengan segala kesulitan
Meneriakkan kalimat jihad perubahan

Di saat wanita-wanita lain sibuk menenteng majalah erotis
Menggumbar gosip sesama mereka secara sadis
Engkau justeru teguh pada Al-Qur'an dan hadis
Yang kau jadikan pegangan hidup
Agar iman di dadamu tidak redup.

Wanita pendamba syurga...
Agungnya akhlakmu berselimut mutiara
Pada rahimmu kelak generasi-generasi agama
Akan Allah amanahkan
Engkau calon madrasah pertama
Saat mujahid-mujahid terlahir di dunia.
Biidznillah.